Thursday, January 5, 2017

TEMUDUGA TERBUKA PTPTN - 10 JAN 2017


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN telah mula beroperasi pada 1 November 1997. di Bangunan Wisma Chase Perdana, Jalan Semantan, Damansara Height Kuala Lumpur. Tujuan penubuhannya untuk memberi kemudahan pembiayaan pendidikan tinggi dan mengutip balik pembiayaan, menguruskan skim simpanan serta deposit bagi tujuan pendidikan tinggi.

Sehubungan itu, peluang pekerjaan dibuka kepada Warganegara Malaysia berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN. Kekosongan jawatan yang ditawarkan ialah :-

EKSEKUTIF PEMASARAN (RM1500++) - KL

Kelayakan
  • Berumur 18 tahun hingga 45 tahun
  • Berkelulusan minima SPM atau setaraf dengannya
  • Mempunyai perwatakan yang menarik
  • Boleh berkomunikasi dengan baik
  • Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa
  • Mempunyai kemahiran memujuk dan berunding
  • Boleh menganalisa dengan baik
  • Mempunyai lesen memandu (mempunyai kereta sendiri diberi keutamaan)



Sehubungan itu satu sesi temuduga terbuka PTPTN akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 09 & 10 JANUARI 2017
Hari : ISNIN DAN SELASA
Masa :
  1. SESI 1 - 9.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG (PENDAFTARAN DIBUKA DARI JAM 9.00 PAGI - 11.00 PAGI)
  2. SESI 2 - 2.30 PETANG HINGGA 4.30 PETANG (PENDAFTARAN DIBUKA DARI JAM 2.30 PETANG - 3.30 PEANG)
Lokasi :
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Dewan Besar PTPTN, Tingkat 1
Menara PTPTN, Blok D, Megan Avenue II
No.12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 KUALA LUMPUR.

Calon yang akan menghadiri sesi temuduga terbuka di atas, sila bawa bersama borang permohonan jawatan kosong yang telah dilengkapkan di bawah berserta salinan kad pengenalan, salinan surat beranak, salinan Sijil Pelajaran Malaysia SPM, salinan lesen memandu dan lain-lain dokumen sokongan berkaitan





Feed

RSS feed to email

IFTTT

No comments:

Post a Comment