Perbadanan Aset Keretapi PAK merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Ia telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1992 di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463). Sebagai entiti awam, PAK bertanggungjawab menguruskan aset dan tanggungan liabiliti Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu KTM serta memajukan semula infrastruktur keretapi dan membiayai pembangunan infrastruktur keretapi melalui sumber daripada aktiviti penyewaan dan pajakan tanah keretapi dan juga peruntukan dari kerajaan.
Seiring perkembangan semasa, peluang pekerjaan dibuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas untuk mengisi
jawatan kosong Perbadanan Aset Keretapi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Kekosongan jawatan yang ditawarkan ialah :-
- Jurutera Gred J44
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
Tarikh tutup :
11 April 2019Calon yang berminat, sila lengkapkan borang permohonan
jawatan kosong di bawah berserta sekeping gambar (ukuran passport) dan perlulah dikemukakan bersama-sama sesalinan sijil-sijil yang telah disahkan iaitu sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil-sijil persekolahan dan sijil-sijil yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon kepada alamat berikut :-
PENGURUS BESAR
PERBADANAN ASET KERETAPI
UNIT PENTADBIRAN
NO. 29G, ARAS BAWAH, BLOK B, JALAN TKS 1
KAJANG SENTRAL BUSINESS PARK
43000 KAJANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
No comments:
Post a Comment